Menjadi Institusi Pengurusan Hal Ehwal Agama Islam yang terunggul demi kesejahteraan ummah.
Misi
Melahirkan ummah yang beriman dan bertakwa melalui pengurusan yang berkualiti berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Motto
“Makmurkan Masjid, Berdayakan Umat”
Fungsi
Peranan utama masjid dalam ibadah, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
01
Menjadikan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 sebagai tempat ibadah.
02
Melahirkan kesedaran dan menyampaikan pengetahuan Islam kepada masyarakat khususnya ahli jemaah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
03
Menjadikan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 tempat mempelbagaikan aktiviti khususnya berkaitan masyarakat Islam.
04
Mengumpul dan menyusun maklumat pengetahuan Islam yang sekaligus menjadi contoh kepada masjid-masjid lain.
Objektif
01
Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam suatu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
02
Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang.
03
Memelihara kesucian agama Islam, penganutnya dan institusi-institusi keagamaan daripada ancaman, penyelewengan dan pencerobohan.
04
Meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisien dan berkesan.
05
Menyemarakkan pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual dalam melahirkan individu, keluarga dan ummah yang berketerampilan, agresif dan proaktif.
Piagam Pelanggan
01
Memastikan laungan azan sentiasa berkumandang setiap waktu solat tepat pada waktunya dengan memastikan Imam bersedia untuk menjalankan tugas.
02
Menyediakan tempat ibadah yang suci, bersih, selesa dan selamat agar jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.
03
Merancang program-program pengimarahan dan peningkatan ilmu secara istiqamah yang mensasarkan keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
04
Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kewangan masjid secara profesional.
05
Menjadikan masjid sebagai pusat sehenti bagi masyarakat setempat melalui penyediaan fasiliti, khidmat urusan pernikahan, kaunter bantuan asnaf, kaunter khidmat nasihat dan lain-lain.
06
Bersedia bekerjasama dengan badan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam sebarang aktiviti dan pengimarahan masjid yang bersesuaian dengan objektif masjid.