TUAN HAJI MOHD RIZZAL BIN MOHD ALI NAFIAH, AMP
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. Selamat datang ke laman web rasmi Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Sebagai mercu tanda syiar Islam di negeri Pahang Darul Makmur, masjid ini bukan sekadar tempat untuk mendirikan solat, malah ia adalah pusat penyatuan ummah, gedung ilmu, dan pemangkin aktiviti kemasyarakatan. Pelancaran portal laman web ini merupakan langkah proaktif Masjid Negeri Pahang dalam mendepani arus digital demi memastikan gerak kerja dakwah dan penyampaian maklumat sampai kepada masyarakat dengan lebih telus dan pantas.
Selain itu, muslimin dan muslimat juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual kuliah, program yang dianjurkan, pengurusan kelas pengajian al-Quran serta kemudahan prasarana yang disediakan di sini. Masjid Negeri Pahang komited untuk menjadikan masjid ini sebagai institusi yang inklusif, mesra jemaah dan sentiasa relevan kepada semua masyarakat dan lapisan umur.
Justeru itu, saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat untuk memanfaatkan platform ini dan marilah kita bersama-sama mengimarahkannya, bukan sahaja secara fizikal tetapi juga melalui sokongan terhadap program-program pengisian jiwa yang dianjurkan. Semoga segala usaha murni kita diberkati oleh Allah SWT dan menjadi saksi kebaikan di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.